➤Masalah
ini bukan sahaja akan menjejaskan penampilan tapi akan menyebabkan keyakinan
diri seseorang menurun. Bukan sahaja lelaki yang mengalami masalah ini, bahkan
wanita turut mengalami masalah yang sama.
➤Pakar
kesihatan juga turut menjelaskan bahawa ada banyak faktor yang boleh
menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya ialah faktor keturunan yang
diwarisi daripada orang tua, faktor penuaan dan juga berkaitan dengan penjagaan
makanan harian dan disiplin ketika menjamah makanan. Selain itu, penyakit juga
turut berselindung di sebalik perut buncit yang mana saiznya tidak sepadan
dengan bentuk tubuh seseorang.
➤Perubahan
hormon terutamanya ketika menopaus juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata
yang boleh menyebabkan orang bertubuh kecil mengalami perut buncit. Sememangnya
ia kelihatan amat tidak selesa. Menurut pakar, keadaan ini juga berpunca
daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan
yang berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya,
karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di
perut, atau lebih tepat di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
➤Menurut
pakar kesihatan, tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan
berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi
dengan baik. Penampakan lemak-lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa
kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh dalam diri
seseorang.
➤Keadaan
ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap
seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah
kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan