1- Jenis Gemuk Air
Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti
air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan
lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan
sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah
keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga
lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau
timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau
lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang
mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin.
Biasanya tak susah sangat berat nak turun.
2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam
gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa,
perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak,
yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe…
Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita
masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian
ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk
lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni
sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat
dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu
lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal,
tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni,
proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan
daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan