CARA KEMPISKAN PERUT
Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan
cermin. Suka atau tidak? Lebih-lebih lagi jika perutbuncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri
sendiri.
Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan
yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang
mempunyai rakyat yang paling obes.
Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips
untuk menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian
perut masih boroi dan menggeleber. Perutmenggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?
Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan
perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat,
bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.
2. MINUM TEH HALIA
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin
dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi
badan dan merupakan ejen termogenik.
Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan
suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien,
terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran
hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam
badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal
juga rendah.
3. MAKAN IKAN SALMON
Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang
mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang
kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam
mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh
menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.
Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau
rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan
perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang
manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok,
ia jugak boleh sebabkan diabetes.
Secara tradisinya, kita sering menambah gula di
dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh
dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah
dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.
Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin
pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon,
iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM
SEHARI
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya
tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan
sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan
sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf,
pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat
lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi
dengan cerdas.
6. TINGKATKAN METABOLISME
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan
metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?
Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa
kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme
yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.
Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang
tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga
mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih
banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.
Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah
dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan
daging tanpa lemak.
7. GUNA 30 DAY AB CHALLENGE MOBILE APP
Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi.
Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna IOS (iPhone
& iPad). Untuk ANDRIOD juga ada, tapi bukan dari
syarikat yang sama.
Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan
cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
HARAPAN AMIR….HEHE
Di antara tips-tips di atas dapat membantu anda
untuk kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang masalah
kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu KURUSKAN BADAN.
Caiyokkkkkkkk!!!!!!!
NAK TAHU TIPS LEBIH LANJUT??? TEKAN LINK DIBAWAH
⇘
https://vitanyys.onpay.my/order/form/kurus/amirvitalluz